Sulit
3 tahun
Sakit Telinga dan berdengung
Telinga saya berasa sakit dan berdengung disebabkan bengkak hampir 50% dan luka di bahagian dalam telinga tetapi gegendang telinga ok tiada sebarang masalah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit telinga dan berdengung akibat bengkak dan luka pada bahagian dalam telinga. Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Luka pada kulit telinga
- Bendasing
- Penggunaan putik kapas secara agresif
- Kerap menggunakan earphone
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Jangkitan pada telinga
- Meniere’s disease
- Ketumbuhan
- Trauma fizikal
- Penyumbatan saluran telinga
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih