Sulit
3 tahun
Saraf neuropathy diabetes
Hai, mak saya berusia 58 tahun dan menghidap diabetes dan penyakit saraf neuropathy. Mak saya ada mengambil ubat peripherals neuropathy buat masa ni. Bolehkah mak saya mengambil supplemen vitamin neurobion yg mengandungi vitamin b1,b6,b12 sebagai makanan tambahan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda ingin mengetahui tentang pengambilan suplemen vitamin buat ibu anda yang menghidap diabetes dan penyakit saraf. Di sini, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum suplemen vitamin yang mengandungi vitamin B1, B6 dan B12. (Vitamin B kompleks) bermanfaat untuk kesihatan saraf. Suplemen vitamin B kompleks boleh diambil bagi pesakit kencing manis dalam tujuan rawatan sakit saraf.
Akan tetapi, pengambilan suplemen vitamin boleh berkemungkinan menyebabkan tindak balas bersama dengan ubat-ubatan lain seperti ubat darah tinggi/ pencair darah.
Pihak anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen atau makanan tambahan. Sila maklumkan doktor tentang semua ubat yang ibu anda sedang ambil bagi mencegah risiko kesan sampingan antara ubat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih