
Sulit
3 tahun
Saya ingin ada halkum macam mana cara nya
sehat tubuh badan

3 tahun
Salam sejahtera danterima kasih kerana pertanyaan anda.
Menurut kenyataan di atas, anda ingin mengetahui cara untuk mempunyai halkum. Kami akan bantu menjelaskan kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, halkum adalah benjolan atau penonjolan di leher manusia yang terbentuk secara semulajadi oleh bahagian tisu lembut (cartilage) tiroid yang mengelilingi laring yang dilihat terutamanya pada lelaki setelah mereka mencapai akil baligh.
Halkum pada seorang lelaki merupakan salah satu tanda akil baligh, yang disertai perubahan organ reproduksi yang lain seperti pembesaran testikel. Selain menyebabkan perubahan suara pada seorang lelaki, halkum juga berfungsi sebagai lapisan perlindungan kepada saluran tekak.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.