Sulit
2 tahun
Saya mengambil ubat cair darah Vitraq 75mg sehari sekali atas arahan doc. Tekanan darah saya adalah normal. Pernah ada sejarah stroke.Tiada sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Bolehkah saya menderma darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, maaf untuk beritahu anda tidak digalakkan untuk derma darah. Sebabnya adalah bekas pesakit stroke biasanya memerlukan ubat cair darah, Vitraq dan perubatan ini akan meningkatkan risiko pendarahan anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan PDN dengan talian 03-26132688.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.