Sulit
3 tahun
Seringkali berdebar debar dan mahu pitam
Saya lelaki berumur 21 thun sering kali merasa berdebar-debar dan ingin pitam ketika berdiri dan berjalan walaupon berjalan ke dapur rumah. Selain itu saya merasa sakit kepala serta sering kali penat walaupon berjalan seketika. Perlu ke saya biarkan ? Atau segera dpt rawatan dr kesihatan?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jantung berdebar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Berpeluh
- Demam
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Lemah dan lesu badan
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!