Sulit
8 bulan
Siapakah golongan yang berisiko mendapat demam denggi?
Hai doktor, adakah saya ada risiko untuk menjadi golongan yang mendapat demam denggi?
8 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Individu yang tinggal di kawasan tropika dan subtropika berisiko dijangkiti demam denggi kerana kawasan yang panas dan lembap untuk pembiakan nyamuk aedes. Tempat yang ideal bagi nyamuk pembawa denggi untuk membiak kerana adanya tempat takungan air, seperti bekas pasu lama, kawasan tadahan air dan tempayan.
Orang yang memiliki sistem imunisasi yang lemah juga berisiko. Orang yang memiliki sistem imunisasi yang lemah, seperti orang yang mempunyai penyakit lain mungkin memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kesan yang serius akibat demam denggi.
Individu yang sebelumnya pernah dijangkiti juga tidak lari dari risiko dijangkiti. Tetapi orang yang pernah dijangkiti demam denggi memiliki risiko lebih tinggi untuk mengalami kesan yang teruk jika dijangkiti sekali lagi oleh salah satu dari empat jenis virus denggi yang berbeza.
Semua orang mempunyai risiko untuk dijangkiti, amalkan langkah-langkah mencegah denggi dari awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.