Sulit
3 tahun
Skru yg di pasang di kaki yg patah tetanggal
Saya Imran,dalam 10 tahun lepas saya kemalangan dan mengalami luka di tumit kaki dan tulang betis patah hancur…doc melakukan operation setelah luka bukulali saya hampir lega…doc pakar ortopedik melakukan operation untuk masukkan besi dalam tulang saya dari bawah lutut sampai pegelengan kaki dan di pasang skru 1 di bawah tepi lutut skru ke2 di atasbukulali saya …hampir lebih kurang 10 tahun selepas operation, kawasan yg di pasang skru mula di kawasan bukulali bengkak dan menanah dan berlubang sampai skru tetanggal…selang berapa bulan pula terjadi perkara yg sama di kawasan bawah tepi lutut saya sampai skru yg kedua tetanggal…tapi hingga kini kawasan yg skru tetanggal di atas buku lali saya masih menanah…dan sekarang hanya besi sahaja yg ada dlm tulang saya…adakan ini tidak mebahayakan atau sebaliknya…Adahkah saya kena rujuk pada pakar doc outopedik…t.kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda pernah menjalani pembedahan tulang dan mempunyai beberapa skru serta besi yang dipasang oleh pakar orthopedik, 10 tahun lepas. Kini skru tersebut tertanggal serta bahagian yang telah dibedah mula terbuka, bengkak dan bernanah. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda jelaskan seiring dengan infeksi pada tulang, tempat pembedahan atau sendi. Simptom lain yang mungkin menyokong sakit ini adalah:
- Demam
- Sakit pada anggota yang berkenaan
- Tempat pembedahan terbuka
- Terdapat lendir (biofilm) pada besi atau prosthesis
- Luka atau nanah
- Bengkak pada anggota berkenaan
- Tidak dapat menggerakkan anggota yang terlibat
Saya menyarankan agar anda segera merujuk semula kepada pakar orthopedik anda bagi rawatan yang sepatutnya. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.