
mairahkaynor88
5 tahun
Suhu anak 38.4,demam ke?
Badan Anak perempuan sy panas dgn suhu 38.4…tp dia menggigil,apa yg perlu sy lakukan utk turunkan suhu dia

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Suhu melebihi 38.0 sudah diklasifikasikan sebagai demam dan ditambah dengan gejala menggigil yang dialami anak anda, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke klinik atau berjumpa doktor hospital sekiranya suhu anak anda tidak turun. Dalam masa yang sama anda boleh menyapu kain lembab serta memberikan ubat demam kanak-kanak untuk malam ini. Sekiranya anak anda ada muntah, batuk ataupun sawan, anda perlu segera membawa berjumpa dengan doktor segera. Sekian.