Sulit
3 tahun
Supplement untuk paru-paru
Saya berumur 42thn. Ada sejarah pneumonia. Apa vitamin/supplement yang boleh saya ambil untuk menguatkan paru2? Boleh doktor kongsi senaman yang sesuai untuk saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, tidak ada suplemen khusus untuk paru-paru atau radang paru-paru (penumonia) kerana penerimaan terhadap tubuh adalah berbeza bagi setiap individu. Namun, secara umum, anda boleh mengamalkan pemakanan sihat seperti:
- Protein sihat seperti ayam dan ikan untuk menyokong kekuatan otot
- Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk vitamin dan mineral yang melawan jangkitan
- Biji-bijian dan karbohidrat berkhasiat seperti beras perang dan roti oat
- Makanan tenusu rendah lemak
Anda juga dinasihatkan untuk melakukan senaman berkala, dianjurkan untuk bersenam 3 kali seminggu dengan kaedah senaman yang sesuai dengan kemampuan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih