nuraima13
2 tahun
Susah turun berat badan
Umur sy 31 tahun, tinggi 155cm, berat 85kg.sy telah alami berat statik selama 3 tahun walaupun dah diet+exercise pelbagai cara.skrg sy masih amal diet dan exercise tetapi saya dah hampir putus asa dan sangat2 tertekan kerana penampilan buruk, sakit lutut dan terpaksa berhenti kerja. Sebelum 3 tahun statik,penurunan berat adalah normal dan mudah. Soalan saya, 1.hormon apa perlu saya check untuk tahu ade kaitan dengan mslh berat badan?(estrogen, insulin, leptin, cortisol, thyroid, testosterone, growth hormon?
2.bagaimana nak buat ujian hormon yang berkaitan? adakah ujian hormon biasanya terdapat di mana2 klinik atau perlu ade case?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hormon tiroid yang sedikit (Tiroid hormon)
- polycystic ovarian sindrom (memeriksa hormon Lutein, hormon folikel
- sindrom cushing (cortisol)
Anda boleh berkunjung pada klinik berdekatan atau hubungi kami bagi mendapatkan surat rujukan kepada pakar bagi mendapat rawatan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.