
normafira08
5 tahun
Susu formula Laktosa free
Saya telah berikan susu formula laktosa free kepada anak yang baru lahir tanpa dia mengalami apa apa alahan…perlukah saya meneruskan pemberiaan susu tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rekomendasi daripada bidang kesihatan adalah untuk menyusukan bayi anda dengan air susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Hal ini kerana, air susu ibu mengandungi antibodi yang dapat membantu melindungi bayi dari penyakit berjangkit yang merbahaya.
Susu formula seperti free lactose tidak mempunyai kandungan antibodi seperti air susu ibu. Susu ini biasanya diberikan sekiranya bayi mempunyai alahan terhadap kandungan lactose.
Justeru, sebaiknya anda membincangkan dengan doktor tentang kondisi kesihatan anda yang menghalang anda daripada menyusukan serta pilihan susu yang sesuai untuk bayi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.