Sulit
2 tahun
Telinga kerap tersumbat
telinga sering tersumbat.selang 2-3 bulan perlu ke klinik untuk rawatan sedut bersihkan kotoran.perkara ni mula kerap berlaku sejak awal tahun ini.sy cuma amalkan bersih kawasan luar telinga sahaja seperti yg disaran oleh doktor agar tidak tersumbat.malangnya perkara itu tetap berlaku…kenapa berlaku?ada tak penyelesaian supaya tak berulang lagi dan lagi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Perubahan tekanan udara
- Terdapat cecair di dalam telinga
- Jangkitan telinga
- Bendasing di dalam telinga
- Radang tekak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.