Sulit
3 tahun
Telinga terasa penuh
Saya sering berasa telinga saya penuh atau tersumbat seperti barotrauma. Ini kerap berlaku terutama sekali sewaktu saya menyanyi dan ia juga berlaku walaupun saya hanya duduk atau baring. Sejak kebelakangan ini, telinga saya tiba-tiba berdesing tetapi hanya dalam beberapa saat dan saya kerap rasa sakit kepala dan pening. Saya merupakan seorang pelajar dan saya telah mengalami gejala ini selama hampir 5 tahun. Saya telah pergi ke klinik beberapa kali tetapi doktor kata tiada masalah pada telinga luar atau gegendang. Apakah kemungkinan masalah yang dialami oleh saya?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui penyebab gangguan telinga terasa penuh dan berdesing yang disertai sakit kepala dan pening. Kami akan cuba membantu anda.
Barotrauma pada telinga adalah kondisi dimana berlakunya kerosakan telinga atau saluran telinga. Ia disebabkan oleh perbezaan tekanan antara bahagian dalam telinga dan bahagian luar telinga. Ia boleh menyebabkan kesakitan dan kadang-kadang kehilangan pendengaran seumur hidup (kekal).
Untuk pengetahuan anda, telinga yang dirasakan tersumbat dan disertai gejala sakit kepala, berdesing dan pening boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- penyumbatan akibat tahi telinga
- benda asing seperti serangga
- kesan trauma
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan telinga tengah
- obstruksi saluran Eustachian
- mastoiditis
- cholesteotoma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.