
gambargrafer
3 tahun
Tiada Air Mani ketika klimaks, apakah yang perlu saya lakukan
Saya berumur 32tahun dan mempunyai 2 anak, merancang untuk ada anak ketiga, tetapi saya perasan setiap kali saya bersama isteri, air mani saya tiada waktu Klimaks, boleh doktor bantu saya. terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mempunyai masalah gejala air mani tidak keluar. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan hormon testosteron
- Saluran tersumbat
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tekanan darah tinggi
- Masalah psikologi ataupun stres
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Gangguan saraf akibat kencing manis, multiple sclerosis atau kecederaan saraf tunjang
- Retrograde ejaculation (dry ejaculation)
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.