Sulit
3 tahun
Tulang bengkak bahagian tumit
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor .ibu mertua saya mengalami masalah tulang bengkak dibahagian tumit kaki,beliau berusia 53 tahun.apakah gejala ini normal dalam faktor usia sebegini? apakah kaedah rawatan,terapi yang baik serta pemakanan sesuai untuk penjagaan sakit sebegini
penyakit ini dipanggil apa ya,risau gout.dalam family mertua tiada sejarah pesakit gout
terima kasih doktor
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah adik anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan sakit di bahagian tapak kaki anda disebabkan oleh faktor berdiri dalam jangka masa yang panjang.
Namun terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan terjadinya perkara ini. Antaranya :
- Kecederaan: Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk adik anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.