fazley.2015
5 tahun
Sakit pada bahagian belakang kaki
Sy lelaki berumur 30an,sy ada masalah kaki sakit pada bahagian kaki kiri belakang kaki, atas tumit,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bahagian belakang kaki yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot atau tendon Achilles
- Masalah arteri periferi - akibat penyakit jantung atau kencing manis
- Kurang vitamin B, potassium atau kalsium
- Plantar fasciitis - Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis - Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.