Sulit
3 tahun
Sakit tumit telapak kaki dan sakit ari ari . Perut saya selalu kembung angin
Hi doc , Saya wanita usia 20tahun . Masalah saya , saya mengalami sakit tumit, telapak kaki dan sakit pinggang sejak 2 atau 3 bulan lepas . Dan 2hari lepas sehingga harini saya rasa tak selesa dan sakit di bahagian bawa perut iaitu ari ari . Saya juga selalu kembung perut . Adakah ini masalah rahim . Apakah masalah yang saya alami dan jalan penyelesaian . Adakah ini akan menyebabkan saya sukar hamil ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Anda ingin mengetahui tentang perkara yang boleh menyukarkan kehamilan untuk berlaku dan hubungkait gejala-gejala yang anda almi dengan masalah rahim. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gangguan pada rahim boleh ditandai dengan gejala seperti
- sakit sekitar kawasan rahim
- kitaran haid terganggu
- perdarahan dari rahim yang berlebihan
- senggugut
- sakit ketika berhubungan seks
- sering buang air kecil
Namun begitu gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh gangguan yang serius dan memerlukan rawatan segera seperti
- gangguan saraf
- gangguan fibroid
- endometriosis
Umumnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesuburan seorang wanita, antaranya termasuk
- radang pelvis
- jangkitan pada rahim dan tiub falopian
- sejarah operasi pada abdomen, pelvis dan organ reproduksi wanita
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.