Sulit
4 tahun
Sakit tumit dan buasir
Hai doc. Saya wanita berusia 20-an. Saya ingin bertanya tentang masalah yang sering saya hadapi dan semakin kerap mengalaminya. Tumit saya sentiasa sakit apabila berdiri terlalu lama dan hal ini menyebabkan sesuatu terkeluar daripada bontot seperti buasir. Apakah yang patut saya lakukan? Kenapa bila tumit sakit bontot pn sakit ? Sekian soalan dari saya. Terima kasih sekiranya sudi menjawab pertanyaan saya.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anda secara fizikal, sukar bagi pihak kami untuk membuat kesimpulan dalam masalah ini. Kesakitan yang anda hadapi kemungkinan adalah disebabkan masalah saraf. Namun begitu, saya tidak boleh memberikan kepastian kerana pemeriksaan dan ujian yang lebih teliti perlu dilakukan. Sakit tumit anda mungkin boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang tumit) adalah sebab biasa bagi sakit tumit pada orang dewasa.Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaanPlantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.