fatimah
4 tahun
Sakit bahagian tepi kaki sebelah kiri
saya wanita umur 37tahun, saya sekarang sakit di pergelangan kaki dna tepi kaki kiri sebelah kanan… bila picit sakit…adakah sebarang ubat boleh melegakan atau saya perlu urut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit di kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan: Kecederaan pada tapak kaki disebabkan oleh tekanan
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa boleh menyebabkan bengkak dan sakit.
Memandangkan sakit telah timbul sejak beberapa lama, dikhautiri ia akan sangat menganggu pergerakan harian anda. Justeru, adalah digalakkan agar anda menghubungi dan merujuk doktor berkaitan masalah ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.