Sulit
2 tahun
Tumit kaki membengkak panas dan bernanah
Salam and hi Dr, ayah saya berumur 54 tahun dan menghidap penyakit kencing manis. sekarang tumit kaki dia tiba tiba membengkak dah hampir 2 minggu, panas dan sekarang bernanah. dah dua klinik ayah saya pergi tapi keadaannya sama dan makin teruk. jadi macam mana ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda simptom anda boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Alahan - pada kain contohnya
- Seliuh sendi
- Kepecahan kista Baker ("rupture Baker’s cyst)
- Trombosis saluran darah ("Deep vein throbosis)
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.