Sulit
4 tahun
Tumit kaki belah kanan sakit
Saya berusia 26tahun mengalami sakit tumit kaki sebelah kanan hampir 2 minggu . Adakah disebab kan berat badan saya ? Atau punca lain ? Berat badan saya 60 & tinggi 138
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tumit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan: Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Memandangkan sakit telah timbul sejak beberapa lama, dikhautiri ia akan sangat menganggu pergerakan harian anda. Justeru, adalah digalakkan agar anda menghubungi dan merujuk doktor berkaitan masalah ini memandangkan terapi kepada penyakit-penyakit diatas dapat terdiri atas ubatan dan juga terapi fizikal oleh profesional.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.