Sulit
3 tahun
Ubat sebelum derma darah
Saya nk tanya kalau ubat iron yang doctor bagi sebab iron x mencukupi untuk derma darah tu lepas makan kena tunggu dlm satu tempoh atau keesokkannya dah boleh derma darah balik sebab kalau makan ubatkan kena tunggu 2 minggu baru boleh derma
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, di kalangan penderma darah yang menderma dengan interval pendermaan yang terlalu rapat (2 bulan sekali), kekurangan zat besi kerap berlaku secara progresif tanpa disedari. Secara amnya, penderma darah untuk menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan untuk pendermaan yang seterusnya supaya bekalan zat besi badan boleh pulih kembali. Sesetengah kajian ada menunjukkan bahawa jika bekalan zat besi badan memang tidak mencukupi sebelum penderma menderma darah, penderma akan mengambil masa yang lebih lama untuk menambah kembali zat besi badan bagi mencegah berlakunya anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Justeru, suatu tempoh tersebut adalah bergantung kepada tahap zat besi (iron) dalam badan anda. Anda boleh mencuba untuk menderma darah dan mereka akan memberikan anda borang untuk diisi sebelum anda boleh menderma darah. Sekiranya mereka merasakan anda tidak sihat atau tidak mencukupi kriteria derma darah, maka anda perlu menerima penolakkan mereka. Sekiranya tidak, maka anda boleh menderma darah.
Untuk info lanjut mengenai hal ini secara mendalam, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih