Sulit
3 tahun
Ubat untuk anti radang
Adakah ubat anti radang lebih baik daripada ubat penghilang rasa sakit untuk radang sendi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, radang sendi boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kerosakan tulang rawan, kelemahan otot sendi, penyakit gout, jangkitan sendi, penyakit autoimmun radang sendi dan lain.
Biasanya ubat tahan sakit dapat membantu ringankan kesakitan, namun untuk mengatasi masalah ini, kami perlu mengetahui punca penyebabnya. Sekiranya rawatan lain diperlukan, seperti suntikan atau ubat seroid, doktor pakar perlu periksan serta memantau gejala anda dahulu.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.