
Sulit
5 tahun
Anak kejung tiba-tiba
Hai doktor. saya nak tanya.
anak saya bila dia menangis tiba2 dia akan jadi kaku kejap dalam beberapa minit. tak sampai 5 minit…macam tak sampai oksigen ke apa tah… keras kejung…tapi nangis nya bukan nangis macam sungguh2 budak biasa nangis. kadang mcm baru nak start nangis tiba2 jadi mcm tu…
sebelum ni banyak kali juga kena. bila tidur kadang badan nya bergetar secara tiba-tiba. tapi semalam masa minum dia kaku tiba-tiba muka semua biru. bibir pun dah jadi hitam macam takde darah mengalir. seolah- olah macam tak ada denyutan jantung dan oksigem tak sampai…
kenapa itu terjadi?
Adakah ianya sawan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pernafasan terberhenti sehingga menjadi biru (Blue breath holding spell)
- Sawan (Reflex Anoxic Seizure)
- kekurangan gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.