
Sulit
4 tahun
Anak Kerap terasa nak Kencing
*Masalah
Anak saya berusia 5 tahun, dalam 2 minggu ini anak sy mengalami masalah kerap sangat terasa nak kencing (pagi petang siang malam & tengah malam) kadang2 xkeluar air kencing pon, kadang2 keluar sedikit. Tetapi tak sakit. Anggaran anak kerap ke toilet tu kdg2 dlm 5 ke 10 minit minit. Perlu ke saya risau dan bwk berjumpa pakar kanak2 atau masalah ini adalah normal dikalangan anak2 kecil?
*History
Hujung tahun 12/2019 sebelum ini Anak saya ada sejarah jangkitan kuman di zakar. Start demam panas then dia sakit bila nak kencing. So Dia akan tahan kencing. Bila doc bg ubat lawas kencing (serbuk dlm pek) dgn antibiotik selepas itu ok. Awal bulan 8/2020 Anak saya mengalami jangkitan lagi bila dia terasa sakit nk kencing so dia akan tahan kencing. Bila sy bersihkan hujung zakar tu ada merah2 dan sapu ubat (gel gamat) selepas itu keadaan dia baik.
*Info
Anak saya seorg yg aktif, berat badan 26kg (agak berisi tapi tak obes) selera makan okay,jarang minum susu atau benda manis. Sekarang dah tak sakit bila kencing.
*Ubat
Anak saya dah pergi ke klinik bru2. Doc ada check bahagian perut dan atas zakar. Doktor tekan2…anak ckp tak rasa sakit. Doctor ada bagi
Antibiotics(AUGMENTIN) 7.5ml 2 kali shari habiskan dlm 5hari
100ml POTCIT MIXTURE 5ml add with 30ml water 3 kali shari
Doktor ada pesan jika tiada perubahan lepas beri Antibiotics sila rujuk ke pakar kanak2.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- jangkitan saluran kencing
- Kencing manis
- Masalah psikologi
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
- pollakiuria
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.