kamaleeah
5 tahun
Apa beza heart attack dengan sakit jantung
Apa beza heart attack dengan sakit jantung?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyakit jantung boleh berlaku apabila fungsi jantung anda terjejas. Serangan jantung ataupun “heart attack” adalah salah satu jenis penyakit jantung yang berlaku apabila darah beku dalam saluran darah mengganggu aliran darah. Darah beku biasanya terbentuk jika terdapat ateroma (plak lemak) dalam lapisan arteri.
Plak ini mempunyai lapisan luar yang kukuh dan teras lemak dalaman yang lembut. Apabila plak lapisan luar pecah, teras dalaman lembut plak terdedah kepada aliran darah. Ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku apabila mekanisme pembekuan dalam darah dicetuskan.
Darah beku ini mengurangkan bekalan darah kepada otot jantung dan menyebabkan kematian otot jantung kerana otot jantung mengalami kekurangan oksigen. Penyakit ini adalah salah satu sebab kematian utama di Malaysia.
Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, peningkatan umur, merokok, diet, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal. Tanda-tanda serangan jantung termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya.
Pesakit biasa mengalami masalah sakit dada yang teruk, dan kesakitan tersebut boleh merebak ke bahagian leher, belakang badan atau bahu. Namun demikian, ada sesetengah orang yang tidak mengalami sebarang kesakitan semasa serangan jantung berlaku.
Anda harus mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda rasa anda mungkin mempunayi serangan jantung. Diagnosis serangan jantung dibuat melalui:
- Tanda-tanda serangan jantung
- ECG – Perubahan corak yang menunjukkan serangan jantung
- Ujian darah – Kadar troponin (sejenis protein) dan creatine kinase (enzim dalam jantung) meningkat
Rawatan penyakit arteri koronari adalah angioplasti kecemasan (prosedur untuk mengembangkan saluran darah), dan suntikan ubat cair darah. Kedua-dua jenis rawatan ini berperanan memulihkan aliran darah ke otot jantung.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!