
Sulit
3 tahun
Badan terasa kebas2 terutama di bahagian tangan
Saya berumur 51 tahun ada penyakit darah tinggi badan Saya terasa kebas2 terutama di bahagian tangan Saya dh 1 minggu mengalaminya

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kebas di bahagian tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- minuman alkohol yang diambil secara berlebihan
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel syndrome
- kekurangan vitamin B12
- kencing manis
- penyakit jenis ‘auto immune’
Selain itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.