
Sulit
3 tahun
Belakang bahu kanan selalu rasa macam sesemut
Saya lelaki berumur 48 tahun selalu rasa belakang bahu kanan saya macam sesemut (seperti ada macam serangga merayap atas badan saya), terutama ketika saya tidak memakai baju.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Kencing manis
- Akibat saraf terjepit
- Cervical syndrome terkait saraf
- Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.