
Sulit
3 tahun
Pening loya kaki sejuk badan rasa mengigil
assalamualaikum saya ingin bertanya sejak kebelakangan ini saya selalu sngt sejuk kaki pening kepala dan loya serta badan rasa mengigil dan tiada selera makan…apakah masalaah kesihatan saya ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat daripada pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh yang dapat mempengaruhi sistem saraf pusat
- Hipokalemia iaitu apabila tubuh mengalami kekurangan ion kalium akibat daripada muntah dan sebagainya
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah suatu keadaan apabila kandungan isi perut yang berasid naik sehingga menyebabkan keradangan pada dinding esofagus
- Meniere’s disease merupakan gangguan telinga dalam yang menganggu fungsi telinga dan juga keseimbangan sehingga bermanifestasi sebagai pening, muntah, telinga berdesing dan sebagainya.
- Masalah psikiatri seperti gangguan somatoform ataupun keresahan kecelaruan yang mana seseorang berada pada keadaan bimbang yang berterusan
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.