Sulit
3 tahun
Kebas belakang sebelah kiri bahagian tengah
Saya lelaki berumur 20 tahun …saya selalu terasa kebas sebelah kiri bahagian tengah apabila saya buat kerja berat…ada kah itu sakit belakang normal atau pun penyakit lainn…saya pernah kebas belakang selama 3 hari selepas buat kerja berat tapi hilang kebas selepas saya berhenti kerja berat…tapi selepas saya sambung membuat kerja berat kebas itu kembali lagii.adakah ini sakit belakan normal atau penyakit berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kencing manis
- Saluran darah tersumbat
- Masalah saraf
- Masalah kelenjar tiroid
- Ubat-ubatan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.