Sulit
2 tahun
Sakit dada , berdebar, sakit tulang tangan
Saya perempuan berumur 16 tahun… Doktor saya ingin bertanya… Saya sering mengalami masalah dada berdebar debar. Selain itu, saya turut merasa sakit di bahagian dada saya disertai dengan tulang rusuk saya… Saya sering kali mengalami masalah sukar bernafas seperti sesak nafas dan dada terasa sempit … terutamanya ketika waktu malam dan ketika saya berbaring… Saya juga sakit dibahagian tangan kiri saya dari bahu sehingga ke tapak tangan… Ianya sakit sehinggakan saya sukar untuk membuat pergerakan dan memegang sesuatu dengan tangan kiri saya… Sewaktu saya tidak berbuat apa apa ,tangan kiri saya akan sakit sangat seperti urat saraf berdenyut dan mencengkam… Boleh doktor jelaskan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.