jalidahhusin
2 tahun
Lenguh badan,kebas kaki dan sakit pinggang
Ibu saya 53 tahun,sejak kebelakangan ini ibu saya sering kebas kaki,sakit pinggang dan lemah selepas itu ibu saya buat check up cek darah keputusannya antibody hepatitis B ibu saya 0/10 selepas itu apa perlu ibu saya buat ya doctor untuk menambahkan antibody? Terima kasih doctor semoga doctor beri penjelasan apa patut ibu saya buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Penyebab hepatitis B adalah penyebaran virus ini melalui darah dan cecair badan. Jenis-jenis penularan hepatitis B :
- Ibu yang menghidap hepatitis B kepada anak- Ibu yang dijangkiti hepatitis B boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka semasa proses kelahiran
- Hubungan seks dengan pembawa hepatitis B- Boleh merebak melalui cecair badan seperti air liur, darah haid, cecair faraj dan air mani.
- Melalui perkongsian jarum
- Tatu
Untuk pengetahuan anda, buat masa ini tiada penawar bagi penyakit hepatitis B. Namun begitu, kandungan virus ( viral load ) dan penyakit tersebut boleh dikawal dengan menggunakan ubat-ubatan. Berkenaan vaksinasi hepatitis B, anda perlu berbincang dengan doktor yang merawat anda tentang perkara ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.