
Sulit
3 tahun
Bahu terasa seperti di cucuk
Saya lelaki berumur 26 tahun. Sejak kebelakangan ini bahu kiri dan kanan sya terasa seperti di cucuk2 dan rasanya
seperti ada sejuk2 dan kebas2. Dan kadang saya terasa seperti susah untuk bernafas bila berjumpa dengan dokter. Dokter cakap semuanya normal tiada masalah. Dan sakit ini mengikut waktu dan ia sering berlaku pada jam sebelah pagi pada jam 2-5 pagi subuh. Dan kadang juga dada sya seperti di cucuk2. Apakah penyakit yang saya alami ini? (Saya harap dokter boleh menjawab pertanyaan saya ini kerana saya cukup stress memikirkan penyakit ini.) Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai bahu anda yang terasa seperti dicucuk. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah anda tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antara perkara tersebut adalah:
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit disebabkan kecederaan otot, sendi, saraf atau tulang
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, saya mencadangkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor