
Sulit
4 tahun
Belakang lutut sy terasa sakit sgt…bila lurus dan bengkok kaki terasa sgt sakit
Belakang lutut sy terasa sakit sgt…bila lurus dan bengkok kaki terasa sgt sakit dkt bahagian pelipat…bila gerak laju teramat sangat sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di belakang lutut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kram pada kaki
- cedera pada tendon atau “jumper’s knee”
- pergerakan/dislokasi lutut
- Kista Baker
- Radang sendi
- Cedera otot (hamstring)
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih