
Sulit
4 tahun
Benarkah primrose oil menyebabkan period terganggu?
Boleh minta penerangan tentang fungsi sebenar evening primrose oil (EPO) ?
Saya ingin amalkan, tetapi ada rakan saya tidak sarankan saya mengamalkan vitamin ini kerana dia pernah mengalami masalah delay period semasa mengamalkan vitamin ini. Adakah benar EPO menyebabkan period terganggu ?
Atau ianya ikut tubuh badan individu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, primrose oil banyak digunakan untuk mengawal masalah semasa menopaus seperti panas. Selain itu primrose oil juga digunakan untuk masalah jerawat dan kulit, dan juga melegakan simptom pra-menstruasi (PMS).
Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengapa anda ingin menggunakan primrose oil. Jika anda ingin mengambilnya, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan bercakap dengan pegawai farmasi terlebih dahulu.
Berkenaan masalah yang kawan anda alami, beliau mungkin mempunyai masalah berkenaan haid dan mungkin memerlukan pemeriksaan doktor. Namun begitu, ini hanyalah jawapan dan pandangan kami secara am dan anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambilnya.
Jika anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kami. Terima kasih.