nawawiaswadi89
5 tahun
Bengkak berpanjangan
pakcik saya bekerja dalam bidang perladangan buah sawit,dia terluka di pergelangan tangan akibat terkena duri sawit,walaupun duri itu sudah di keluarkan namun bengkak itu tidak juga surut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Luka merupakan hirisan yang terjadi pada kulit yang biasanya disebabkan oleh objek yang tajam seperti pisau atau sekeping kaca. Kebanyakan luka adalah kecil dan boleh dirawat sendiri di rumah. Luka menyebabkan gejala berikut:
- Pendarahan
- Kesakitan
- Kemerahan
- Pembengkakan
Anda disarankan untuk mendapat rawatan selanjutnya jika luka dijangkiti kuman dan tanda-tanda jangkitan termasuk:
- Luka bertambah sakit
- Kawasan kemerahan bertambah besar
- Kawasan luka membengkak
- Nanah terbentuk di dalam dan sekitar kawasan luka
- Berasa tidak sihat
- Demam
- Pembengkakan kelenjar limfa yang berhampiran (nodus limfa)
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.