Sulit
2 tahun
Luka kemalangan yang terbelah
saya wanita,21 tahun. baru lepas accident dan ibu jari tangan terbelah isi dan hanya sedikit sahaja isi yg melekat pd hujung kuku.dibahagian bawah kuku juga isi abes terkoyak.saya mndpt 6 jahitan dan 1 daripada itu melibatkan jahitan antara kuku dan isi,maka makanan apa yg sesuai saya ambil untuk mempercepatkan cantuman isi saya kembali?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi memastikan proses penyembuhan berjalan lancar, beberapa perkara yang anda boleh lakukakan adalah:
- Tidak merokok
- Makan makanan seimbang dan tidak terlalu manis serta banyakkan sayuran dan buah-buahan
- Penjagaan luka yang baik seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda
- Tidak menggunakan dengan kerap ibu jari anda dalam proses penyembuhan ini
Sekiranya anda mempunyai masalah dengan luka jari anda seperti jahitan terbuka, jari bengkak dan panas serta sakit, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.