kall_lil
2 tahun
Infeksi pada luka ampitasi
pada 27 mac lalu ibu jari kana saya telah di amputasi pada bahagial distal phalange akibat kecederaan terbelit rantai motor.
pada hari ini saya mendapati cecair keputihan (nanah) keluar dari luka di amputasi tersebut…
persoalan saya boleh kah infeksi tersebut diubati dengan cara memakan sebarang ubatann sahaja?
atau perlu melakukan surgery kali. ke 2?
jawapan dari doktor amatlah saya hargai…
terima kasih…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda nanah pada bahagian luka merupakan tanda yang tidak baik, bermakna luka anda mungkit telah dijjangkiti kuman.
Anda amat disarankan untuk merujuk kembali ke hospital bagi mengetahui rawatan yang sesuai kerana ubat seperti antibiotik mungkin diperlukan dan antibiotik yang diberikan adalah berbeza mengikut kuman penyebab jangkitan. Jika perlu anda mungkin perlu menjalani pembedahan bagi membersihkan kawasan luka dan memastikan luka anda boleh sembuh dengan baik.
Sila rujuk ke hospital dengan segera, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!