Sulit
5 tahun
Luka dan bengkak semasa kemalangan
Hai doktor. Selamat petang. Saya mengalami kemalangan baru ini. Bibir saya bengkak, serta luka akibat kemalangan tersebut. Dan saya juga menerima jahitan pada bahagian dagu saya. Apa perlu saya buat untuk cepat sembuhkan bengkak di bibir, dan untuk keringkan jahitan tersebut? Saya tak pernah bukak lagi balutan jahit tersebut.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi mempercepatkan pemulihan luka, anda perlu memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang terbaik. Anda perlu memastikan pemakanan protein, zat besi dan vitamin mencukupi dalam tempoh untuk pulih. Nutrisi yang disebutkan adalah penting bagi memastikan proses penutupan luka sempurna. Selain itu, pastikan anda minum air kosong mencukupi bagi mengelakkan bibir kering dan merekah. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.