aylaimys
2 tahun
Kaki saya bengkak sebab jatuh.perlu ke buat x-ray?
Saya pernah jatuh tangga beberapa minggu yang lalu.Selepas 3minggu sakit dekat buku lali dah kurang.cumanya bengkak tak surut.macam ada angin (?) dekat bengkak tu.perlu ka saya dapatkan rawatan? Saya terfikir nak buat x-ray.Perlu ka doctor?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Ianya disarankan untuk anda menbuat ujian lebih lanjut. Doktor anda boleh menentukan tahap kecederaan dan mencadangkan rawatan yang betul. Ia boleh mengambil beberapa minggu atau bulan untuk buku lali yang terkena untuk sembuh sepenuhnya.
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.