
Sulit
4 tahun
Berapa jam perlu dijarakkan untuk mengambil supplement selepas mengambil jamu?
Doktor, jika saya sudah mengambil jamu, berapa jam yg perlu diselang untuk mengambil supplement vitamin pula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, jawapan bagi soalan anda adalah amat subjektif mengenai penggunaan herba selepas memakan makanan tambahan vitamin. Setahu kami, terdapat tiada tetatapan yang khas bagi memakan makanan tambahan setelah mengambil herba seperti yang anda perihalkan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sejurus dengan itu, kami juga ingin nasihatkan anda agar berjaga-jaga mengenai amalan pemakanan herba kerana pemakanan herba yang salah boleh mengganggu kesihatan umum anda seperti menyebabkan alahan, keracunan ataupun toksik bagi badan jika berlebihan. Ia juga boleh mempengaruhi kesihatan penghadaman serta buah hati anda. Kami lebih sarankan anda untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang serta mendapatkan nutrisi dan khasiat daripada makanan semula jadi yang terdapat dalam makanan harian.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.