
Sulit
4 tahun
Bunyi Pada Sendi pergelangan tangan, lutut dan ankle
Hi Doc, Saya Hafiz Berumur 24 Tahun. Saya menghadapi bunyi2 pada sendi krukk, kreek di bahagian pergelangan tangan, siku, lutut dan ankle. Jika saya menggerakkan bahagian tersebut akan berbunyi krukk krekk. Saya dpt rasa bunyi tersebut seperti bahagian itu tidak smooth dan kering… Untuk makluman doc, saya aktif dalam sukan larian denai ataupun trail running. Oleh kerana permukaan trail tidak rata, saya selalu menghadapi ankle sprain… Untuk makluman doctor juga, bunyi sendi itu tidak mendatang kesakitan. Selain itu, apabila saya terkena ankle sprain, saya berasa sakit sedikit kemudian saya meneruskan larian, sakit itu tiada sudah. Saya mohon pandangan doc dan cara mengatasi maslaah bunyi tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bunyi-bunyi pada sendi adalah normal. Ini disebabkan oleh gelembung udara dalam cecair sinovial dan ligamen yang bergeser dengan tulang anda apabila anda melakukan pergerakan. Oleh itu, anda tidak perlu risau. Sekiranya bunyi-bunyi ini disertai dengan rasa sakit, anda harus lebih berwaspada dan berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.