
Sulit
4 tahun
Cara cuci taik telinga keras selain titis ubat
Hai , saya berumur 16 tahun .
Saya ingin bertanya doctor , bagaimana cara untuk saya korek taik telinga yang keras selepas lega dari nanah ? Sebelum nanah dalam telinga terjadi saya telah titiskan ubat untuk cairkan taik telinga , tetapi , taik telinga tidak cair dan menjadi nanah kerana tersumbat , saya telah mendapat rawatan yang lebih lanjut … sekarang , nanah sudah lega , tetapi taik telinga masih ada dan terasa bengang , bolehkah saya menggunakan kain kain bersih untuk menyucikan taik telinga ini ataupun menggunakan cara lain? Terima kasih atas jawapan doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaannya ubat cairkan tahi telinga akan berkesan dalam 3-5 hari dengan kaedah penggunaan bergantung dengan jenis ubaat dengan cara yang betul. Berikut merupakan kaedah untuk menggunakan ubat cair tahi telinga. Sebaik-baiknya anda meminta bantuan orang lain untuk menitikkan ubat tersebut ke dalam telinga.
Basuh tangan dengan air dan sabun sehingga bersih terlebih dahulu
Cuci bahagian luar telinga dengan kain lembab dan kemudian keringkan telinga tersebut.
Baca label ubat titis telinga yang akan digunakan. Pastikan ubat titis telinga tersebut adalah ubat anda.
Sekiranya ubat titis telinga yang digunakan adalah dari jenis larutan yang keruh, goncang botol ubat titis tersebut selama 10 saat.
Periksa hujung penitis supaya tiada sebarang keretakan atau pecah. Elakkan hujung penitis daripada menyentuh telinga anda.
Ambil sukatan ubat seperti yang diarahkan dengan menggunakan penitis.
Sengetkan telinga yang bermasalah ke atas atau posisi berbaring. Tarik cuping ke belakang dan ke bawah untuk membuka saluran telinga
Titiskan ubat tersebut mengikut amaun yang betul. Tekan perlahan-lahan pada telinga luar untuk membantu titisan ubat bergerak ke dalam saluran telinga.
Pastikan kedudukan telinga disengetkan untuk beberapa minit seperti yang diarahkan atau sekurang-kurangnya 5 minit
Tutup semula botol ubat titis tersebut dan ketatkan penutupnya.
Basuh semula tangan anda bagi menghilangkan kesan ubat yang tertinggal
Selain kaedah ini, anda juga bole meminta penjaga anda membawa anda terus ke hospital dan membuat temu janji dengan doktor di klinik pakar ENT iaitu doktor pakar bahagian telinga, hidung dan mulut untuk membantu mencuci telinga anda dengan selamat. Diinagtkan, jangan cuba mengorek sendiri telinga anda.
Anda juga boleh membuat temu janji dengan doktor pakar ENT dari hospital swasta melalui link ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan nasihat rawatan yang palling sesuai, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.