
Sulit
4 tahun
Celah peha sakit bila angkat kaki
Saya lelaki 26 tahun… tinggi dalam 184cm berat 140kg… Kadangkala masa baring atas katil/sofa celah peha saya sakit ketika saya mahu angkat kaki saya seperti rasa tulang sambungan diantara peha dan kelengkang macam retak sebab sakit dia menusuk/ seperti dicucuk jarum saya tak tahu apa nama tulang dkt bahagian ni…
Pekara sama terjadi bila saya mahu angkat kaki untuk naik motorsikal…
Sebelum ini benda sama pernah terjadi dimana bila saya mencangkung dgn laju dari kedudukan berdiri saya terdengar bunyi snap(seperti tulang berlaga) dikawasan kelengkang peha saya selepas itu saya merasa kesakitan yg amat sakit apabila saya berdiri dan apabila saya mengangkat kaki saya terutamanya bila menaiki tangga/motorsikal/kawasan yang memerlukan saya mengangkat kaki dengan tinggi… Lebih kurang 2 bulan selepas itu baru kesakitan itu hilang… Tapi selepas beberapa bulan sakit di kelengkang tu datang semula apabila cuba mengangkat kaki semasa saya duduk dikerusi dan cuba mengangkat kaki saya diposisi (L) dengan meletakkan kaki di atas kerusi… Cuma bezanya kali ni tidak terlalu sakit…
Saya cuma nak tahu apakah sebenarnya masalah yg saya hadapi ni dan perlukah jumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sendi pada celah kangkang yang sakit apa bila kaki dinaikkan ketika melakukan pergerakan seperti menaik tangga dan mengikat tali kasut. Untuk makluman anda, simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah yang perlu dibimbangkan ataupun tidak.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh dijelaskan oleh beberapa sebab atau penyakit yang mungkin anda alami, iaitu:
- Keradangan pada sendi (arthritis)
- Kecederaan pada sendi atau ligamen pada sendi pinggul yang pernah dialami sebelum ini.
- Ketegangan otot
- Keradangan pada cecair sendi (bursitis)
- Masalah aliran darah pada otot dan tulang paha serta sendi pinggul (avascular necrosis)
- Sendi permukaan tulang pinggul dan tulang paha menjadi terlalu rapat, menyebabkan sakit apabila peha digerakkan. Ini boleh disebabkan oleh penumbuhbesaran tulang yang tidak normal
- Retakan stress (stress fracture) yang boleh disebabkan oleh aktiviti yang terlalu kerap menggunakan sendi tersebut seperti berlari.
- Keradangan pada tendon otot (tendonitis)
- Penyakit-penyakit sendi yang lain seperti reumatoid , hip snapping syndrome, dan jangkitan kuman pada sendi pinggul .
Dapatkan penumbuhbesaran badan yang sempurna dan sihat!
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan juga semakin teruk sehingga boleh menggangu aktiviti harian anda. Kami juga cadangkan anda untuk mengurangkan berat badan terlebih dahulu kerana berat badan mungkin boleh mempengaruhi masalah yang anda hadapi.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.