
Sulit
3 tahun
Dada tak selesa hidung rasa sumbat tekak pun tak selesa lepas makan dada tak selesa
Saya lelaki 26 tahun… dada saya tak selesa belah kiri sejak pkp ni, tak sakit. Hidung pulak rasa macam tersumbat walaupun tiada selsema seperti sukar nak bernafas. Tekak pulak tak selesa tengok lidah warna putih air liur pun kurang, saya munum banyak air kosong setiap tanpa minum air manis. Saya selalu tidur lewat malam anggaran pukul 3-4 pagi… adakah tidur lewat menyebab badan kurang selesa. Selepas makan badan kurang selesa lagi-2 bahagian dada

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah ketidakselesaan dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- penyakit refluks esofagus
- masalah pada organ pankreas sama ada ketumbuhan batu karang, ataupun keradangan
- penyakit keradangan pada jantung yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman
- ketumbuhan ulser pada perut, duodenum atau esofagus akibat irritasi asid yang berlebihan
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi menjalani siasatan kesihatan lanjut dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.