Sulit
3 tahun
Darah period berketul dan berlendir
Saya seorang wanita berusia 24tahun, saya mempunyai simptom pcos. Period saya memang tidak teratur dan biasanya setiap kali period darah yang keluar adalah yg normal dan berketul sedikit. Tapi kalini darah period saya tidak keluar seperti normal kerana lebih kepada berketul dan berlendir dan kuantiti darah yg keluar tidak banyak seperti biasa. Ape yg saya patut buat ye? Patutkah sy risau?
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala haid berketul dan berlendir. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Endometriosis - apabila sel lapisan dinding rahim tumbuh di organ lain
- Fibroid/polip dalam rahim - boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan berketul
- Jangkitan dalam rahim - menyebabkan Penyakit Radang Pelvis
- Ketumbuhan dalam rahim/serviks - boleh menyebabkan pendarahan abnormal, kesakitan dan batu karang
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall