Sulit
3 tahun
Haid lebih 15 hari, remaja dan bimbang jika masalah ini berkaitan dengan emosi diri atau ada masalah dalaman dan perlukan bimbingan tentang tindakan yang perlu dilakukan
hi, i’m 17 and my period tak pernah lebih than 15 days ke apa so the problem is, saya start period on 19/9 and after 9 days mcm tu dh takde any blood ke or coklat2 but then start 30 sept tiba2 ada darah plus coklat2 balik until now 4/10 which bila add up total dh 14 days, but now keluar darah and coklat sikit2, i know it’s still dlm menstruation punya duration but if it still keluar lagi, then what should i do?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid berlebihan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah berkaitan haid sering berlaku disebabkan oleh gangguan hormon dalam badan. Bagi kalangan remaja, ini adalah sesuatu perkara yang normal kerana kadar hormon dalam badan mereka masih belum stabil. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang juga menyebabkan haid berlebihan. Ia termasuklah :
- Stres
- Masalah tiroid
- Pengunaan ubat perancang
- Masalah berat badan
- PCOS
- Fibroid atau polip rahim
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekira masalah ini berpanjangan. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian jika perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.