Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna merah
Saya berumur 26 tahun . Sudah berkahwin . Saya baru lepas period . Lepas seminggu saya nampak ada pendarahan lagi tapi seperti lendir keputihan cuma dia bewarna merah . Bole tak dapatkan nasihat doktor apa yg perlu saya buat .
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah pendarahan selepas putus haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- bacterial vaginosis
- infeksi candida
- chlamydia trachomatis
- lendiran fisiologi
Untuk mengetahui punca lendiran keputihan anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.