Sulit
3 tahun
Darah coklat keluar dari kemaluan
Saya wanita bawah dari 20an , dan saya mempunyai masalah keluarnya darah coklat dari kemaluan. Dan saya mahu menanyakan tentang baru beberaaa hari ini saya sudah kedatangan haid kemudian selepas beberapa hari haid saya sudah habis , saya didatangi darah tetapi berwarna coklat. Hal ini sudah 2 kali berlaku kepada saya sebelum datangnya haid dan selepas habisnya tempoh haid. Apakah darah tersebut adalah darah istiadah atau sebaliknya ? Boleh doktor membuat solusinya ? Terima Kasih.
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pengeluaran darah haid berwarna coklat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.