Sulit
3 tahun
Darah period berbau busuk Dan hanyir walaupun jumlahnya hanya sedikit Dan berwarna perang
Saya berumur 32tahun… Dan mengalami haid yang banyak pada Hari pertama sampai Hari ketiga. Hari keempat adalah sedikit Dan warnanya seperti coklat atau light brown… Dan ianya berbau amat busuk Dan tidak menyenangkan saya sehingga jika saya duduk Dan tunduk pasti akan berbau… walaupun jumlah yg sedikit… Dan saya sering mengalami gatal2 pada bahagian celah peha Dan sekitar kemaluan di bahagian yg berbulu… Semakin digaru semakin gatal. Jika tidak menggaru ianya seperti digigit semut… Apabila saya meneliti bahagian tersebut tiada apa2 benjolan atau ruam… apakah yang sedang dialami saya Dan penyelesaian saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid yang berbau busuk bersertakan gatal pada bahagian celah peha dan sekitar kemaluan. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah yang anda alami boleh berpunca daripada jangkitan kuman pada sistem reproduktif ataupun jangkitan kuman pada kulit. Pendarahan haid adalah salah satu punca pembiakan kuman dan apabila kebersihan badan tidak dijaga atau sekiranya pad tidak ditukar dengan kerap, jangkitan kuman tersebut boleh merebak ke sistem repoduktif dan pada kulit. Namun, ini adalah secara amnya dan masalah anda boleh berpunca daripada perkara lain. Kami memerlukan maklumat tambahan supaya dapat membentuk diagnosis yang tepat.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor sekiranya masalah ini berterusan supaya puncanya dapat disiasat dan rawatan dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.